Makan Tengahari di Restoran Zaika

Kami berkesempatan mencuba masakan original daripada India kira-kira sebulan yang lalu. Restoran yang terletak di Bandar Miri ini agak terkenal namun harganya yang agak tinggi menyebabkan tak ramai yang boleh makan hari hari disini. Paling kurang pun RM30 sekepala.

Image

Pertama kali menjejak masuk ke restoran ini kami agak kagum dengan hiasan dalaman kedai yang cantik dan tersusun kemas. Setiap sudut dihias menghidupkan suasana di India. Lukisan dan arca-arca menambah lagi keunikan restoran ini.

DSC_0538

Hidangan disini terletak pada pilihan pengunjung sendiri. Macam restoren-restoren lain jugak. Boleh pilih hidangan roti naan atau nasi dan lauk-pauk seperti kambing serta ayam dan aneka sayuran. Anda boleh memilih untuk makan set lengkap daripada pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut atau sekadar menu utama sahaja.

DSC_0577

DSC_0540

DSC_0537

DSC_0544

DSC_0542

Rasa makanan disini sangatlah berbeza dengan masakan di kedai-kedai mamak yang biasa di Malaysia. Ini kerana Chef nya diterbangkan terus dari India.  Cara masakan dan rempah ratus yang digunapakai juga jauh berbeza dengan rasa makanan di negara kita ini. Boleh menyebabkan kita keliru dengan deria rasa sendiri. Hehe. Nasihat saya, ambillah menu setakat sedang-sedang saja kerana makanannya sangat mengenyangkan.

Leave a comment