Kota Kinabalu Backpack 1

25 September 2013

Backpackers bertolak ke Kota Kinabalu pada jam 3.00 petang dengan menaiki pesawat AirAsia dari Miri (Harga tiket ketika itu RM170++). Naim datang menjemput backpackers di rumah.

Sampai di Kota Kinabalu International Airport 2 dalam 30-40minit flight.  Kami menaiki teksi ke Bandar Kota Kinabalu dan singgah di kawasan Kampung Air untuk mencari Hotel.  Berjalan kaki sahaja sambil mencari hotel dan akhirnya setelah pusing-pusing dan membandingkan harga, kami mengambil keputusan bermalam di Hotel Kinabalu yang berharga RM105 semalaman.  Hotel : Dua katil besar.

Sesudah itu dalam jam 6 kami berjalan kaki sekitar bandar. Antara tempat yang disinggah adalah Plaza, Port berhampiran Pasar Buah, Suria Sabah dan makan malam di medan berhampiran Hyatt Hotel. Suria Sabah merupakan sebuah shopping mall yang amat luas dan memiliki banyak kedai-kedai berjenama.

Kami memilih untuk makan malam di gerai kerana dicadangkan oleh seorang kawan. Makanan laut yang disediakan disini sangatlah sedap dan beraneka jenis hidupan laut boleh dipilih. Harganya tersangatlah murah dan berpatutan. Kebanyakan kedai menjual setiap ikan  dalam lingkungan RM4.00 seratus gram. Disini jugak terdapat banyak pilihan makanan bakar segera seperti sotong besar, kepak ayam, dan lain-lain.

Tamat hari pertama.

DSC_0150

DSC_0178

DSC_0176

DSC_0237

DSC_0289DSC_0316

DSC_0325

DSC_0357

2 thoughts on “Kota Kinabalu Backpack 1

Leave a comment